Selasa, 21 Julai 2009

IKHLASKAH KITA?

IKHLASKAH KITA? SEJAUH MANA?

Saya sekadar berkongsi pendapat, kita selalu berbual itu ini, hidup perlu berkat, buat sesuatu perlu ikhlas... tp sejauh mana kita dapat menilai keikhlasan kita?

ikhlas, pertama kita perlu tahu makna ikhlas,ikhlas adalah bila melakukan sesuatu kita tak mendharapkan balasan, tapi yea ke?... ada ke kita buat sesuatu tanpa balasan?... cuba pikir balik, kalu kita keja mesti nak gajikan, ada ke orang kerja xnak gaji? kalu budak praktikum pun buat keja coz nak dapat markah yang baik kan? kadang2 kita senyum kat orang pun kita harap orang 2 akan balas dengan senyum pada kita semula kan... kalu orang 2 tak senyum semula panas je kita rasa, kita kata la org 2 sombong... betul x?... hehehehe... LUMRAH ALAM, LUMRAH KEHIDUPAN MANUSIA.

ok macam mana kita nak latih diri nak wujudkan rasa ikhlas..
IKHLAS boleh wujud bila kita selalu buat, INSA-ALLAH... contoh, kita tolong orang tanpa kita harapkan balasan,..

mcm mana lagi nak IKHLAS?
lepas buat sesuatu bersyukur dan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan hati terbuka,

macam mana lagi? SELALU DOA PADA YANG SATU AGAR HATI KITA BERSIH DAN IKHLAS DALAM SEGALA HAL... insa-ALLAH.

Sabtu, 11 Julai 2009

BAGAIMANA BERGAUL DENGAN CEMERLANG.

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

dipetik dari: artikel 1001 rahsia diri.

Selasa, 7 Julai 2009