Sabtu, 6 Jun 2009

MENGAPA TIBA2 KITA JADI SEDIH?

HURM.... pernah x kdg2 jadi sedih je tiba-tiba... contohnya, pagi kita bergelak ketawa dengan rakan2 sekuliah, pejabat, dan orang sekeliling kita, tapi bila petang tanpa ada apa2 sebab kita sedih...

mungkin ada yang pernah alami, mungkin ada yg tak pernah atau mungkin tak ingat atau tak perasan...

saya sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang amat sedikit saya perolehi dari majlis usrah yang saya hadiri ketika berada di suatu tempat menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Ketika itu kami membincangkan soal HATI... jadi salah seorang sahabat saya bertanya, mengapa kadang2 tiba2 wujud perasaan sedih?.

Mengapa wujud perasaan sedih? kenapa topik sedih yang gemar saya bincangkan? sebab sedih nie ada mcm2.. berbalik kepada soalan rakan saya tadi... seorang kakak yg merupakan ketua bagi majlis usrah kami menerangkan bahawa...

Dalam duniawi yang sementara ini ada 2 hubungan yang perlu kita jaga, iaitu hubungan dengan ALLAH S.W.T dan hubungan dengan sesama manusia. Hubungan sesama manusia termasuklah hubungan dengan Ibubapa terutamanya, hubungan dengan ahli keluarga yang lain, hubungan dengan guru2, rakan sekolah dan ramai lagi. Mungkin perasaan ini wujud disebabkan oleh diri kita yang ada masalah dengan salah satu hubungan ini. Mari kita renungkan.. kita tidak sedar, kadang2 gurauan kita menyinggung perasaan orang lain. Hubungan antara kita dengan manusia itu banyak, apa kata mulai hari ini kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH S.W.T
insya-ALLAH bila hubungan kita dengan ALLAH tidak bermasalah maka hubungan kita dengan sesama manusia juga tidak akan bermasalah. Insya-ALLAH hati kita juga terpelihara dan terhindar dari rasa sedih.

Persoalannya bagaimana kita hendak menjaga hubungan kita dengan YANG MAHA ESA?
Pertama kunci kepada segalanya adalah meningalkan apa yang ditegah dan melaksanakan apa yang diperintahkan...

wassalam.... yg baik itu anugerah dari ALLAH dan yg lemah itu adalah dari kelemahan saya sendiri

2 ulasan:

ayasophilia berkata...

yup!kdg kla kta prlu brsdih krna ksedihan tu wat kta sdar spa dri kta insan yg krdil d bmi Allah..cewah!!!!!!!

min berkata...

terima kasih sbb sudi bg comment... yea la.. bumi ini adalah persingahan yg sementara...